Friday, 20 July 2012

KKDSTTM ADALAH KELAB SEJARAH 5OO TAHUN MALAYSIA / TANAH MELAYU

  Gambaran Permaisuri Tun Teja Ratna Benggala oleh pelukis.

 

Pada 19 Mac 2011, penubuhan Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia telah dirasmikan  oleh Tuan Hj. Fison bin Hj. Yahya, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. 

 

Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia menyokong penuh usaha Jabatan Warisan Negara, dengan melantik Pengarah Warisan Tak Ketara, Jabatan Warisan Negara, Tuan Siri Neng Buah selaku Penasihat.

 

Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia sangat bergiat aktif dalam aktiviti metodologi ilmu seperti menjalankan kursus, seminar dan bengkel yang telah banyak memberi impak positif kepada seluruh ahli VIP. Di antara aktiviti metodologi yang telah dijalankan sepanjang dua tahun bersama Jabatan Warisan Negara adalah:

- Bicara Warisan: Tagaroa : Perjalanan Melayu Mengerling Sumpah Bukit Si Guntang. - Hotel       Crystal Crown, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

- Bicara Warisan: Sebuah Empayar Bernama Melaka, Sebuah Selat Bernama Melaka dan Sebuah Emporium Bernama Melaka. - berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur.

- Mitos: Korbannya Kinoringan Dan Siminundu Tersebar Rezeki Sabah, - di Kompleks Belia Dan Sukan, Putatan, Sabah.

- Bicara Bunga Raya Bunga Kebangsaan, Bicara Adat, Adat Temenggung dan Adab Yang Diperadabkan.

 

Usaha menyingkap sejarah telah diteruskan dengan lawatan ke Inderapura, Pahang untuk merasai sendiri atau mengkaji zaman kegemilangan kepahlawanan Melayu dan sejarah Raja-raja. Lawatan kedua, ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, yang telah menyelusuri sejarah Istana Bosa Minangkabau dan Pagar Ruyung. Seterusnya, lawatan tiga kali berturut-turut ke Pulau Besar, Melaka, yang begitu mengesankan kepada setiap ahli yang berpeluang ke sana. Dari masa ke semasa, Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja merangka lawatan dalam aktiviti sejarahnya terkini, ke Mumbai, India, kemudian ke Pulau Redang, yang membawa sejarah Tun Teja berkaitan dengan sejarahnya bertunang dengan Megat Panji Alam dari Terengganu, kemudian Tun Teja dilarikan oleh Hang Tuah dari Inderapura, Pahang, ke Melaka menjadi Permaisuri Sultan.


Orang Melayu telah sampai ke seluruh pelusuk dunia sebenarnya. Jadi, masih terlalu banyak pencarian dan penerokaan dalam mencari erti Tagaroa yang sebenar. Pengalaman tidak akan ditemui hanya dengan melihat gambar dan mendengar cerita, tetapi untuk dialami sendiri.


Sirih sutera pinang sutera

main panah anak helang arjuna

kasihkan Teja kenangkan Teja

bagai emas dengan bunga

 

Sila hubungi:

E-mail: s_sanisah@yahoo.com
Layari:www.yds2u.com

                                  GERBANG PERJUANGAN LAMBANG PENGORBANAN

3 comments:

  1. TEJA

    Menurut Dr. Noraini Mohd. Yusof
    School of Language Studies and Linguistics
    Faculty of Social Science and Humanities
    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Tun Teja adalah anak kepada Seri Amar Diraja Pahang.Dibawa oleh Hang Tuah ke Melaka dengan muslihat (guna-guna) untuk dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah.Meninggal di Melaka semasa peperangan menentang Portugis pada tahun 1511.

    ReplyDelete
  2. Salam. Apa yang telah anda usahakan ini amat baik, terutama melakukan penyelidikan sejarah secara berterusan, dan bersandarkan sumber pribumi. Paling tidak pun, bahan yang ditemui kemudiannya digarap dalam bentuk penulisan agar ia menjadi sumber rujukan silang generasi sekarang dan akan datang.

    SEJARAH yang tidak kurang pentingnya ialah SALASILAH KELUARGA yang akan memandu kita untuk mencari siapa nenek-moyang kita. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih singgah ke laman blog saya.
      Masih lagi mencari salasilah keluarga yang hilang.
      Jazak Allah.

      Delete